Friday, February 16, 2018

On becoming a good person.

(Selamat Tinggal Hj. Mohd Azmil Bin Dato Mustapha)


Kadang-kadang Seseorang yang mempunyai masa lalu yang kelam,jauh dari sunnah Rasullullah dan jauh dari ALLAH Pengakhiran hidupnya itu lebih baik dari kita dengan Hidayah Allah dan Usahanya untuk memperbaharui hidupnya , Mendekati Allah dan Taat Pada Perintah Allah sebelum dia menghadap Ilahi .

Siapa Yang tidak kenal pada Bekas pelakon ini , yang berlakon dalam filem "Ali setan" beliau pernah menceritakan bagaimana kelamnya hidup dia ketika muda dan jauh dari Allah . Dan pada hari ini Allah telah memanggilnya dan malaikat mencabut nyawanya ketika sedang tidur . MashaAllah .

Menurut beliau Penghijrahan beliau bermula apabila beliau berkunjung ke New York untuk menghadiri bengkel perfileman selama 3 bulan. Beliau merancang untuk tinggal di rumah kawannya di New York. Beliau berjanji untuk pergi ke sana pada hari Jumaat tetapi oleh kerana terlalu excited, beliau ke sana pada hari Selasa. Kawannya tidak bersedia menerima beliau kerana sepatutnya beliau hadir pada hari Jumaat. Tanpa tempat tuju, beliau menaiki teksi dan menyatakan ingin ke New York.

“New York besar tuan, ke mana ?” tanya pemandu teksi berbangsa Pakistan.
“Saya tidak tahu..” jawab Ali Setan.
“Kau ni Orang Islam ke? tanya pemandu teksi.
“Ya. Islam” jawab Ali Setan.
“Kalau aku bawa kau ke Masjid, ok? tanya pemandu.
“Boleh juga” balas Ali. “Walaupun di Malaysia jarang-jarang ke masjid, di New York ke masjid pula”, kata Ali di dalam hati.

Oleh kerana pada masa itu sudah masuk waktu solat, Si pemandu teksi juga solat di masjid. Ali juga turut sama. Akhirnya Ali dapat menumpang tidur di masjid di New York selama beberapa malam. Beliau turut solat di sana. Beliau berfikir, bila pulang ke Malaysia nanti beliau ingin berubah menjadi baik. Inilah antara titik perubahan beliau.

Beliau pernah kata ketika mula mendalami agama, hati beliau masih lagi berasa kosong. Kemudian beliau membuat sembahyang hajat untuk mendapatkan petunjuk, dan beliau diberi petunjuk untuk ke Syria.Dan mendalami agama di sana.

 Beliau berkongsi tujuh perkara yang sunnah yang beliau sendiri telah amalkan.

1. Solat Tahajud.
Ustaz Azmil mula solat tahajud apabila terpaksa menjaga anaknya ketika usianya 4 bulan. Ketika itu beliau bercerai dengan isterinya. Anaknya suka bangun pada pukul 3 pagi. Beliau mengambil kesempatan untuk solat tahajud dan merasa nikmat solat tersebut.

2. Membaca Al-Quran
Sewaktu waktu dahulu beliau tidak pandai membaca Al-Quran. Pada masa itu beliau tidak hafal Al-Fatihah. Beliau terpaksa menulis Al-Fatihah dalam tulisan rumi jika ingin solat. Alhamdulillah beliau kini telah hafal banyak surah.

3. Solat Berjemaah di Masjid
Beliau cuba solat 40 waktu di masjid. Banyak dugaan yang dihadapi seperti selepas 30 waktu ada bermacam-macam perkara berlaku seperti birthday mak beliau, sepupu kahwin dsb. Akhirnya beliau berjaya solat 40 waktu dan sekarang tetap melakukannya.

4. Solat Dhuha
Dhuha sebagai anak kunci rezeki. Ustaz Azmil pernah menyimpan sebanyak RM3 juta sewaktu menjadi artis. Duit berkenaan habis dalam masa 2 tahun sahaja. Ketika pergi ke Syria, beliau sudah mengamalkan solat Dhuha. Duitnya habis selepas 3 bulan setengah, namun rezeki beliau dan keluarga di sana tidak pernah putus. Beliau telah pulang ke Malaysia sebanyak 7 kali dalam masa 3 1/2 tahun. Tidak termasuk ke tempat lain seperti London, Brussel, Dubai, etc.

5. Bersedekah
Adat di Syria ialah guru akan memberi makan atau barang kepada anak murid. Ustaz Azmil mengajar bahasa Inggeris di sana kerana beliau fasih berbahasa Inggeris. Selepas kelas di rumah beliau, anaknya akan memasak makanan. Pada suatu hari selepas memasak, semua bahan makanan seperti beras, ayam, dsbnya habis. Alhamdulillah keesokan harinya ada orang menghantar seguni beras dan bahan-bahan masakan lain.

6. Sentiasa Berwuduk
Apabila berwhuduk, malaikat akan berdoa meminta keampunan ke atas orang yang berwudhuk.

7. Sentiasa Beristighfar ke Allah
Selalulah meminta ampun dan bertaubat kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Semoga Allah menempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman .
Al-Fatihah.





Lukman Al Hakim


Satu-satunya manusia yang bukan nabi,
bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa? kerana hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati anaknya tentang hakikat hidup.

"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah fikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia boleh menikmati lazatnya berzikir."

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."

"Anakku, ikutlah orang-orang yang sedang menyusung jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Kerena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada 8 wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:

1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik.

2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.

3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.

4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.

5. Ingatlah Allah selalu.

6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu

7. Lupakan budi baik yang kau lakuan pada orang lain.

8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu



A man was asked to paint a boat.


He brought with him paint and brushes and began to paint the boat a bright red, as the owner asked him.

While painting, he noticed that there was a small hole in the hull, and quietly repaired it.

When finished painting, he received his money and left.

The next day, the owner of the boat came to the painter and presented him with a nice cheque, much higher than the payment for painting.

The painter was surprised and said "You've already paid me for painting the boat Sir!"

"But this is not for the paint job. It's for having repaired the hole in the boat."

"Ah! But it was such a small service... certainly it's not worth paying me such a high amount for something so insignificant."

"My dear friend, you do not understand. Let me tell you what happened.

When I asked you to paint the boat, I forgot to mention about the hole.

When the boat dried, my kids took the boat and went on a fishing trip.

They did not know that there was a hole. I was not at home at that time.

When I returned and noticed they had taken the boat, I was desperate because I remembered that the boat had a hole.

Imagine my relief and joy when I saw them returning from fishing.

Then, I examined the boat and found that you had repaired the hole! You see, now, what you did? You saved the life of my children! I do not have enough money to pay your 'small' good deed."

So, no matter who, when or how. Just continue to help, sustain, wipe tears, listen attentively and carefully repair all the 'leaks' you find, because you never know when one is in need of us or when God holds a pleasant surprise for us to be helpful and important to someone.

You may have repaired numerous 'boat holes' along the way... of several people without realizing how many lives you've saved.

*✨So Keep up the Good
 work no matter how small it may seem to be ...✨💐*





"PERSAHABATAN ADALAH SUATU ANUGERAH TERINDAH"


Persahabatan adalah menyayangi, bukan menyaingi

Persahabatan adalah mendidik, bukan membidik

Persahabatan merangkul, bukan memukul

Persahabatan membina, bukan  menghina

Persahabatan mencari solusi bukan mencari sensasi

Persahabatan mengukuhkan, bukan meruntuhkan

Persahabatan menghargai, bukan melukai

Persahabatan membela, bukan mencela

Kadang2 Sahabat yang suka menegur kita, BUKAN kerana mereka BERLEBIHAN
tapi kerana mereka meletakkan Persahabatan MELEBIHI WANG...

Kadang2 Sahabat yang memohon MAAF TERLEBIH DULU setelah Pertengkaran, BUKAN kerana mereka SALAH
tapi kerana mereka MENGHARGAI sebuah persahabatan.

Kadang2 Sahabat yang selalu share WA dengan kita, bukan kerana merasa PINTAR dan bukan Menunjuk  tapi... kerana INGAT pada KITA.

Suatu hari ada yang mengingatkan kita tentang Agama dan Iman.

Bukan kerana merasa baik dan sudah sempurna
tapi itulah kewujudan Persahabatan kerana ALLAH yg Maha Kuasa

Suatu saat kita semua akan TERPISAH, baik oleh jarak mahupun ajal yang menjemput kita.

Namun ada Sahabat yang terus mendoakan kita

Suatu saat Anak-anak dan Cucu-cucu kita akan bertemu mereka dan bercerita... Dulu Kita Pernah Bersama.

Persahabatan tidak mencari kesalahan tapi menutupi kesalahan

Persahabatan berlandaskan Hati yg  TULUS dan IKHLAS

Persahabatan akan terus terjalin walau banyak sekali halangannya

Pada satu waktu sebahagian cuma memerhatikan KEJAYAAN kita, tapi ada sebahagian Sahabat yg peduli akan keadaan KESIHATAN kita, maka itulah Persahabatan yg sejati.

Suatu hari kita terlena dalam gurau dan tawa tapi ada yang mengingatkan agar kita tidak Lalai.

Itulah SAHABAT.

Sahabatku,  meskipun tidak sering BERTEMU , tapi selalu DIINGATI,
Itulah SAHABAT .

Seorang SAHABAT tidak akan berfikiran NEGATIF tapi selalu POSITIF

 Jom, kita bangunkan PERSAHABATAN dengan keikhlasan dalam kasih sayang kurniaNYA.
👫👭👬👫👭👬

No comments:

Post a Comment