Friday, February 16, 2018

On amalan.

BEFORE YOU SLEEP.


🌻Cerita ini sangat menarik, tolong luangkan masa untuk membacanya.

★Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) :

Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur...

◆ 1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah..

◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah..

◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.

◆4. Perbaikkilah hubungan dua orang  yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.

◆5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.

★Ali ( R.A.) pun menjawab, "Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?

Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :

◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.

◆3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.

◆3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dgn harga Syurga.

◆10 kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yg berselisih.

◆4 kali membaca  "Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.

★Lalu Ali (R.A.) pun berkata, "Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur...

★Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya,
namun lihatlah semua kebaikan amalan yg Anda akan perolehi...

★Untuk mengingatkan Anda akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua zikir tsbt dlm sehelai kertas untuk dibaca sebelum tidur & sesuai jg utk ditampalkan dekat tempat tidur supaya Anda tak lupa untuk membacanya 😊....
Dan tentu saja, dengan niat kerana Allah SWT....

🌻Indahnya jika Anda blh hebahkan tulisan ini kpd seramai Muslim yang Anda kenal kerana jika atas usaha Anda seseorang itu dpt menjalankan amalan2 ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya .. InsyaALLAH.
     Aamiin...YaRobbal 'Aalamiin...

🌻Surah Al- Fatihah utk melindungi Anda dari kemurkaan Allah

🌻 Surah Yaasin utk melindungi Anda dari kehausan pada hari pengadilan.

🌻Surah Waaqi'ah utk melindungi Anda dari kefakiran dan kelaparan.

🌻Surah Al-Mulk utk melindungi Anda dari azab kubur.

🌻Surat Al-Kautsar utk melindungi Anda dari kejahatan musuh.

🌻Surat Al-Kaafiruun utk melindungi Anda dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.

🌻Surat Al-Ikhlaas utk melindungi Anda dari kemunafikan.

🌻Surat Al-Falaq utk melindungi Anda dari merbahaya.

🌻Surat An-Naas utk melindungi Anda dari fikiran jahat.


🌻Saran⚠ Jangan tunggu lagi....Kirimlah pesanan ini kpd sahabat handai Anda sekarang & semoga memperolehi keberkatan dari Allah SWT..

"Aamiin Yaa  Robbal Aalamiin "

🌸🌺🌸🌺🌸🌺🌸🌺




THINK GOOD OF OTHER PEOPLE.


Ada seorang anak yg setiap hari rajin ke masjid, lalu suatu hari dia berkata kepada ayahnya, "Yah mulai hari ini saya tidak mau ke masjid lagi"

"Kenapa?", sahut ayahnya, "kerana di masjid saya tengok orang2 yg nampak agamawan tapi sebenarnya tidak, ada yg sibuk dgn gadgetnya, sementara yang lain dok cerita keburukan orang lain".

Ayahnya pun berpikir sejenak dan berkata, "baiklah kalau begitu, tapi ada satu syarat yang harus kamu lakukan setelah itu terserah kamu"

"Apa itu?" ,
"ambillah air satu gelas penuh, lalu bawa keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yang tumpah"

Si anak pun membawa segelas air keliling masjid dengan hati2, hingga tak ada setitis air pun yang tumpah.

Sesampai di rumah ayahnya bertanya, "Bagaimana sudah kau bawa air itu keliling masjid?", "Sudah".

"Ada yg tumpah?", "Tidak".

"Ada di masjid tadi orang yang sibuk  dengan gadgetnya?".

"Saya tidak tahu kerana pandangan saya hanya tertumpu pada gelas ini", jawab si anak.

"Ada di masjid tadi orang2 yang menceritakan keburukkan orang lain?" tanya ayahnya lagi, " Saya tidak dengar kerana saya hanya  tertumpu untuk menjaga air dalam gelas ini".

Ayahnya pun tersenyum lalu berkata, "Begitulah kehidupan anakku, jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak akan punya waktu untuk menilai keburukkan orang lain. Jangan sampai kesibukanmu menilai kualiti orang lain membuatmu lupa akan kualiti dirimu".

Mari kita berhenti bersangka buruk kepada insan lain.fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja dan utk terus menerus menjadi positif.

​Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.​

​Robbana Taqobbal Minna​
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), AAMIIIN.....

Peringatan utk diriku.



132. Beberapa adab dan kebaikan #267


قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم (إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ – أَوْ أَمْسَيْتُم – فَـكُفُّوا صِبْيانَـكُم، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ؛ فَإِنَّ الشَّيطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَاباً مُغلَقاً، وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُم، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئاً، وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ).



Apabila tiba waktu senja atau menjelang malam maka tahanlah anak-anak kamu (dari keluar rumah) kerana waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila malam telah berlalu seketika, maka lepaslah mereka serta tutuplah pintu-pintu rumah dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup. Tutuplah bekas air kamu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah bekas makanan kamu serta sebutlah nama Allah. Kalau penutup tidak ada, letaklah diatasnya sesuatu dan padamkan lampu (apabila kamu tidur).

Al-Bukhari, Muslim 3/1595.

Doa & Zikr (Hisnul Muslim): https://goo.gl/IFvgJW

-----

jgnlah kita berputus asa dgn rahmat Allah. Sebab Allah dh bgtau dll ayat tu..ada 3 golongan yg akan masuk syurga tanpa melalui pintu neraka. Maksudnya tanpa masuk neraka utk penyucian dosa. 3 golongan ni terus masuk syurga.

1.  Mereka yg lalai dan masih buat dosa namun mereka masih beriman dgn kalimah Lailahaillallah.
2.  Golongan pertengahan, kdg2 melakukan yg makruh
3. Golongan suka berbuat kebaikan dan mereka dikalangan para alim ulama dan nabi serta para sahabat.

Mereka(tidak terkecuali) masuk syurga dgn rahmat Allah, diringankan hisab dan golongan terbaik masuk syurga tanpa hisab. Letaklah diri kita pada golongan yg lalai dan terkadang terlupa dan melakukan keburukan. Pun Allah masukkan kedlm syurga dgn rahmatNya.

Ya Allah...betapa kasih sayang Allah itu tidak ada tandingannya..

Memang Allah nk bagi kita semua masuk syurga. Meskipun kita masih terus melakukan dosa.😭





TUKAR CARA BERDOA.


Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya..

In syaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik.

In syaa Allah..


#FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa..
"Yaa Allah berikanlah aku kekuatan."
Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Yaa Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini,
Yaa Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku "

#FORMULA KE 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa
"Yaa Allah BERILAH aku...".
Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

"Yaa Allah KURNIAKANLAH aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila
In syaa Allah.

#FORMULA KE 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini..
"Semoga DIMURAHKAN rezeki"
Selepas ini, latihkan baca doa begini..

"Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

#FORMULA KE 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya..
“Yaa Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya..

"Yaa Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.

#FORMULA KE 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:

"Yaa Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.."

#FORMULA KE 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

"Yaa Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia Yaa Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya Yaa Allah.."

Moga Bermanfaat. 🙂

Jemput SHARE supaya lebih ramai lagi yg mendapat manfaatnya.. 🤗




Hanano:

🙋‍♂✍ⓂR TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■💕Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■💕Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■💕Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■💕Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■💕AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■💕Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■💕Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■💕Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■💕Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■💕 Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■💕Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■💕Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■💕Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■💕Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

 🔴Jangan lupa share Ⓜsr✍

@AkhiHensem






Pendek tetapi.. Do'a ini..

Do'a yang POWER.



‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً

Allahumma inni as aluka al-'afiyah.

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kpd Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata : "Ya Rasulullah, ajarkanlah aku do'a," katanya.

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku, bacalah :

 ‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة

Allahumma inni as aluka al-'afiyah.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah).

Sekarang apa yang 'Afiyah..???

'Afiyah bermaksud :
"Untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa".

👉Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam 'afiyah.

👉Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam 'afiyah.

👉Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam 'afiyah.

👉Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dalam 'afiyah.

👉Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah.

Jadi, pada asasnya 'Afiyah itu bermaksud :
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".
Ini termasuk utk di dunia dan di akhirat.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kpd Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata :

"Ya Rasulullah, do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar."

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada 'afiyah. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik."

Yang Benar adalah setiap yg bermakna dari apa yang anda katakan (pohon) ketika berdo'a.

"Ya Allah, aku memohon kepada-MU agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah ENGKAU menguji aku dan lain-lain yg berat."

Semua ini termasuk di dalam "Allahumma inni as aluka al-'afiyah"
~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)

Nabi Muhammad (ﷺ) berkata : "Sampaikan lah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat."

Semoga bermanfaat..

#SHARE untuk orang lain juga ye...!!! Sebarkan semoga pahala terus mengalir buat bekalan kita kelak. Aamiin.





KITA TAHU, TAPI SAYANG …


# Kita mengetahui, bahwa pahala dua raka’at Dhuha setara dengan pahala 360 shodaqah, akan tetapi sayang, Hari berganti hari tanpa kita melakukan sholat Dhuha.

# Kita mengetahui, bahwa orang yang berpuasa sunnah karena Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tapi sayang, kita tidak mau menahan lapar.

# Kita mengetahui, bahwa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun pekan ini.

# Kita mengetahui, bahwa siapa yang membantu membangun masjid karena Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di surga. Tapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid
walaupun hanya dengan beberapa puluh ribu.

# Kita mengetahui, bahwa siapa yang membantu janda dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang sholat sepanjang malam tanpa tidur. Tapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun janda dan anak yatim.

# Kita mengetahui, bahwa orang yang membaca satu huruf dari Al Qur’an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan dilipatgandakan sepuluh kali. Tapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur’an dalam jadwal harian kita.

# Kita mengetahui, bahwa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali surga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya,
padahal kita mampu melaksanakannya.

# Kita mengetahui, bahwa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak sholat malam, dan bahwasanya Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wa sallaam dan para shahabatnya tidak pernah meremehkan sholat malam di tengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tapi sayang kita terlalu meremehkan sholat malam.

# Kita mengetahui, bahwa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

# Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal
mendahului kita. tetapi sayang, kita selalu larut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan
hidup selamanya dan tidak akan akan menyusul mereka.

Wahai Saudaraku yang di Rahmati Allah.. Semoga kita segera
merubah keadaan kita mulai detik ini, dan mempersiapkan
datangnya hari perhitungan yang pasti akan kita hadapi..
Hari dimana kita mempertanggung jawabkan setiap perbuatan kita di dunia..

Hari ketika lisan kita dikunci, sedangkan mata, kaki, dan
tangan kita yang menjadi saksi..
Dan pada hari itu, setiap orang akan lari dari saudaranya, ibu dan bapaknya, teman-teman dan anaknya, karena pada hari itu setiap orang akan disibukkan dengan urusannya masing2.

Saya telah mengirimkan Nasehat ini kepada orang yang saya cintai karena Allah, maka kirimkanlah nasehat ini kepada orang yang Anda  cintai.

Agama itu Nasihat...




DOA.


Assalamualaikum.. selamat pagi.. semuga kita semua ceria disamping keluarga dan rakan. Selamat dalam perjalanan ke mana jua...


اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim… Dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada-Mu Ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah.. takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Jaganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami Ya Allah…

Ya Allah Ya Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik.. supaya dengannya kami dapat beribadah kepada-Mu.

Ya Allah.. ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada-Mu Ya Allah… Kami lupa akan Engkau ketika kami sihat, kami ingat pada-Mu bila kami ditimpa sakit, Kami lupa kepada-Mu ketika senang, kami ingat kepada-Mu bila datang kesusahan kepada kami. Kami lupa kepada-Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada-Mu ketika kami bersedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, .....

Ya Allah... ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu Ya Allah…
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ya Allah Ya Tuhan Kami ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami... kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah... Ya Rahman... pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki untuk keluarga kami... kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu Ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan. Kelak Engkau kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah…..

Ya Allah…. Ya Tuhan Kami...
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami serta kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia…golongkanlah mereka semua dalam golongan orang2 yang Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh-MU nanti.. maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik2… dalam keampunan dan rahmat-Mu Ya Allah…

Ya Allah Ya Azizz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram… hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab… Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar mereka dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk… Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Limpah dan kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan-Mu.. sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang….

Ya Allah Ya Tuhan Kami , Engkau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami dan ahli keluarga-kami, murahkanlah rezeki kami, perbaikilah agama kami yang menjadi perkara paling penting dalam hidup Kami. Perbaikilah dunia kami yang menjadi kehidupan kami didunia. Perbaikilah akhirat kami yang menjadi tempat kami akan kembali kepada Mu. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan segala kebaikan bagi kami. Jadikanlah kematian kami nanti sebagai istirihat kami daripada segala kejahatan. Ya Allah Ya tuhan Kami matikan kami dan ahli keluarga kami dalam HUSNUL KHATIMAH jangan ENGKAU matikan kami dan mereka dalam SUU'UL KHATIMAH ...

Ya ALLAH sesunguhnya KAMI berlindung kepada Mu dari siksaan Kubur, siksaan Neraka Jahanam, fitnah kehidupan setelah mati serta dari fitnah Dajjal.

Ya Allah Ya Tuhan kami, matikanlah kami, ahli keluarga kami dan rakan² kami dalam HUSNUL KHATIMAH jangan ENGKAU matikan kami, keluarga kami dan rakan2 kami dalam SUU'UL KHATIMAH …

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.





| Apakah Mengira Itu Dianggap Berkira? |


Seorang sahabat mengatakan "dulu aku selalu pakai tasbih digital untuk berzikir. Bila ada ustaz tegur 'jangan berkira dengan Allah bila berzikir' terus aku tak guna dah".

Persoalan yang timbul, apakah mengira ngira zikir yang kita lafazkan dengan menggunakan jari atau apa jua bentuk peralatan itu dianggap "berkira" dengan Allah?

⚫ Orang Beriman Sentiasa Ada Sasaran

Orang yang beriman akan sentiasa menyusun atur kehidupannya untuk mencapai setiap sasaran yang telah ditetapkan.

Apa kalian tahu berapakah zikir yang menjadi sasaran bagi setiap orang yang beriman itu dalam sehari?

Sudah pastinya ia berbeza beza mengikut kemampuan masing masing. Jika kita melihat hadith, Rasulullah SAW beristighfar tidak kurang daripada 70 kali dalam sehari. Bagaimana boleh kita mengetahui jumlahnya 70 kali? Sudah pastinya ia dikira oleh Rasulullah SAW dan diberitahu kepada para sahabat untuk diamalkan.

Apakah Rasulullah SAW mengira istighfarnya itu dikatakan dia sebagai "berkira" dengan Allah? Sudah pastilah jawapannya tidak!

Selepas solat, kita disunatkan untuk bertasbih 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali. Bagaimana kita ingin mengetahui sudahkah kita melafazkannya sebanyak 99 (jumlah keseluruhan) jika tidak menggunakan jari atau tasbih untuk mengira? Apakah kita disifatkan sebagai "berkira" dengan Allah? Tidak bukan!

Jika seorang yang beriman meletakkan sasaran untuk beristighfar sebanyak 1,000 kali dalam sehari, apakah dia mampu menentukan jumlah yang mencukupi sasarannya dalam sehari jika dia tidak mengira? Apakah ketika dia mengira itu dianggap sebagai "berkira" dengan Allah? Janganlah begitu sempit pemikiran itu.

⚫ Berkira Itu Sinonimnya Digunapakai Kerana Bakhil

Bukankah begitu? Kita menggunakan perkataan "berkira" kerana kita mengatakan kepada seseorang yang dilihat sebagai bakhil dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Dalam pelbagai urusan seperti jual beli, tolong menolong, berinfaq dan banyak lagi kita menggunakan perkataan "berkira" jika terzahir pada pandangan mata kita seseorang itu keberatan dan memberi pelbagai alasan sepertinya tidak sepenuh hati melaksanakan perkara tertentu.

Tetapi apakah kerana kita menggerakkan jari jemari, biji biji tasbih dan menekan nekan tasbih digital ketika berzikir mengingati Allah itu sebagai "berkira" dengan Allah? Amatlah tidak wajar sekali dakwaan seperti ini.

⚫ Liciknya Syaitan Menjalankan Tipu Dayanya

Tipu daya syaitan itu sangat halus dan licik sekali. Jika dia tidak mampu untuk menghalang seseorang daripada berzikir mengingati Allah, maka dia datang dengan idea yang lain pula seperti memperlihatkan orang yang berzikir dengan mengira jumlah zikirnya sebagai "berkira" dengan Allah.

Atau syaitan datang dengan tipu daya terhadap berzikir menggunakan tasbih atau tasbih digital adalah perkara bid'ah yang menyebabkan umat islam berselisih mengenainya dan berakhir dengan umat manusia yang tidak berzikir kerana sibuk mempertahankan pendapat masing masing.

Alangkah ruginya jika kita tidak berhati hati dan memperturuti tipu daya syaitan!

⚫ Kesimpulan

Allah berfirman :
وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" [Surat Al-Jumu'ah 10]

Allah memerintahkan kita agar sentiasa memperbanyakkan mengingatiNya supaya kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Maka ambillah apa jua cara sekalipun yang tidak bertentangan dengan syariat islam ketika kita mengingati Allah dan jangan sekali kali kita meninggalkannya.

#AkhiAdifGorment
03 January 2018





#TUKAR_CARA_BERDOA


Kompilasi ISTIMEWA ini hajar petik dari sifu-sifu online bisnes yg telah berjaya, yang sudi berkongsi ilmu MAHAL ini pada kita. Juga sebahagian darinya, hajar petik dari buku kesayangan, FTR.

Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah.

#FORMULA_1

Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

" Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".

#FORMULA_KE_2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku."
Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

" Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.

#FORMULA_KE_3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki".
Selepas ini, latihkan baca doa begini,

" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

#FORMULA_KE_4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

' Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah.

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah.

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah.

Kerana Engkau sahajalah sebaik baik perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.

#FORMULA_KE_5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita.

Jadi nya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.
Sebagai contoh,

' Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.'

#FORMULA_KE_6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita. satu contoh,

' Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah. bantu lah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.
permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah..'

Perkongsian dari Sifu Nor Aliah Mohd Nor, Sifu Tuan Ahmad Basit, Kak G dan Buku Formula Tarik Rezeki.

Moga Bermanfaat.

Jemput LIKE dan SHARE supaya lebih ramai lagi yg mendapat manfaatnya.

Credit : kak hajar




LOCK THE DOOR.


Assalamualaikum semua cuti nk mula dah ramai yg balik kg nk tinggai umah nanti sama2 usaha dan iktiar noh

 kunci pintu rumah pastu letak tapak tangan anda ke pintu atau dinding rumah

1) Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
3) Baca Ayat Kursi.. (1x)
4) Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

5) Lafazkan "Bismillahitawakkaltu'Alallah" ; "La haulawala khuwwata illabillah 'ill 'Aliyil 'Aziim"
Mudah mudahan umah kita terhindar dri benda2 tk elok

No comments:

Post a Comment